Syarikat gabungan Hyundai Group

Sehingga Februari 2007, berikut ialah sejumlah anak syarikat gabungan dengan Hyundai Group.[5]

  • Hyundai Construction Equipment India Pvt. Ltd.
  • Hyundai Construction Equipment Americas, Inc.
  • Hyundai Asan
  • Hyundai Elevator
  • Hyundai Merchant Marine
  • Hyundai Research Institute
  • Hyundai U&I
  • Hyundai Welding
  • Hyundai Power Equipment (UK)

Hyundai Motor Company

Rencana utama: Hyundai Motor Company

Kenderaan berjenama Hyundai dihasilkan oleh Hyundai Motor Company, yang bersama Kia membentuk Hyundai Kia Automotive Group. Beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan, Hyundai mengendalikan kilang automotif bersepadu terbesar di dunia di Ulsan, yang dapat menghasilkan 1,6 juta unit kereta setiap tahun. Syarikat ini mempekerjakan sekitar 75.000 orang di seluruh dunia. Kenderaan buatan Hyundai dijual di 193 negara melalui sekitar 6.000 pengedar kereta dan bilik pameran. Pada tahun 2012, Hyundai berjaya menjual lebih dari 4,4 juta kenderaan di seluruh dunia. Model kereta paling popular Hyundai antara lain sedan Sonata dan Elantra.[6]

Asan Foundation, yang diasaskan oleh Chung Ju-yung pada tahun 1977 dengan 50% saham Hyundai Construction, menguruskan perkhidmatan kesihatan di Korea, terutama melalui Asan Medical Center dan enam hospital lain. Yayasan ini juga pernah menaja persidangan dan mendanai penyelidikan akademik mengenai budaya tradisional Korea. Pada tahun 1991, yayasan ini mula menganjurkan Anugerah Xiao setahun sekali.[7]